Monday, November 28, 2011

D! J0h0r......

Tinggal beberape hari lagi nak start kelas tambahan di sekolah.Malas rasa nak pergi tapi kena pergi sebab saya nak upsr tahun depan.Sekarang ni saya di rumah bapa saudara di Johor.memang seronok lagipun boleh makan laksa johor memang sedap.kat sini ada internet lagipun di rumah internet tak boleh sebab rosak.Umi juga beli buku novel kepada saya,Mail dapat buku lawak kampus selain itu umi ada juga beli novel untuk dia.Yang lebih risau saya tak sentuh pun kerja sekolah saya.

Friday, November 18, 2011

cuti!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hari ini start cuti.Umi gi kuala lumpur sebab ada kursus,Along pula pergi lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka.Saya  pula ada kerja sekolah sebab tahun hadapan ada peperiksaan UPSR.Periksa akhir tahun ni saya dapat nombor 6.Saya juga masuk kelas 6 bestari iaitu kelas pertama.Masa cuti ni saya ada kelas tambahan 2 minggu je.Tolong bagi sokongan kepada saya ye untuk hadapi peperiksaan UPSR tahun hadapan

Wednesday, October 19, 2011

PESKO

Pesko atau pesta kokurikulum dan hari kantin diadakan di sekolah saya.Memang best!!!!!!!!!!!!!!!!!!.Saya masuk bola jaring dan kawad.bola jaring dapat nombor 2 rasanyo.Kalah ngan wira.Start hari Isnin lagi tapi sebab tak sempat nak tulis sebab tu tulis hari ini.Esok last pesko.Tak sabar rasanye saya.Saya juga masuk bintang kecil,selain saya ada Ain,Izzati,Sarifah,Taufik,Zahir dan lain lain lagi.Dua org dalam satu uniform.

Saturday, October 15, 2011

KuC!nG!!!!!!!!!!

Teacher Suria bagi anak kucing selepas kematian jessy.4 ekor.....tapi 2 ekor hanya tumpang 2 ekor lagi yang saya.Ada warna oren putih,hitam putih,hitam putih dan hitam putih.COMELllllllllllllllllllllllllll sangat2.Nanti Teacher Suria akan ambil 2 ekor lagi

Friday, September 30, 2011

UPKK!!!!!!

Hari isnin nanti upkk.Saya takut sebab saya nak masuk sekolah agama tapi takut tak lulus upkk.Doa kan lah saya semoga saya lulus dalam upkk.Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada kakak saya sebab dia tolong saya.Terima kasih angah.

Monday, November 15, 2010

rindu kawan2

Esok last sekolah mesti rindu kat kawan2.Tahun depan masuk 5 bestari...Ain,Faizah dan Izzati masuk sama kelas dengan saya manakala Balqis masuk kelas 5 gemilang.Tetapi kami tetap berkawan baik walaupun kami berada jauh antara satu sama lain.SAYA SAYANG AWAK SEMUA!!!!

Thursday, November 4, 2010

BLOG ADIK-BERADIK BEAR

Yang pertama ialah naruto-geng.blogspot.com blog yg kakak sulung punya.Kedua pulak ialah sinaranterpancar.blogspot.com blog yg ni kakak kedua punya.Ketiga pulak ialah hamizannaruto.blogspot.com blog yg ni abang  yg punya.Last but not least apizkakashi.blogspot.com blog ni adik yang kelima punya.